Skip to main content

baik vs buruk

Biasatak jumpa ada segelintir manusia di luar sana bila diuji kemiskinan, kemelaratan dan kelaparan, bertambah kuat dan teguh iman mereka kepada Allah.

Namun bila mereka diberi kekayaan, kelebihan, kemewahan, kekenyangan maka iman mereka mulai menurun.

Bukan untuk menjadi hakim yang menilai dan menjatuhkan hukuman pada manusia sebegini, kerana hanya Allah sahaja sebaik2 hakim yang menilai setiap manusia.

Dan secara fitrah insaniah dan lumrah manusiawi memang lah iman manusia ada naik dan ada turunnya.

Setiap daripada kita bukanlah malaikat, yang imannya sentiasa sahaha menaik dan meningkat.

Namun tidak pula kita mengharap iman kita menurun dan tidak naik-naik seperti iblis syaitan laknatullah alaih.

Satu perkongsian daripada mommy sendiri kenapa sesetengah pihak bila mereka diuji dengan size badan yang gemuk(maafkan mommy), tubuh badan gempal, mereka berpakaian sopan, longgar dan menutup aurat.

Namun bilamana Allah beri sedikit nikmat pada mereka, dapat kurus, dapat tubuh badan yang ideal, pinggang yang ramping seperti kerengga, mereka lebih suka mempamerkan pula tubuh badan pada ajnabi, pakaian pun semakin tak cukup kain, busana yang longgar memjadi semakin ketat seperti pembalut nangka, ada yang dulunya tertutup semakin terdedah..


Segelintir juga bila mana miskin, fakir papa kedana, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, mereka menjadi rahim dan karim pada sekeliling mereka.

Bilamana mereka diberi peluang merasa kesenangan,mereka jadi tak tentu arah, wang ringgit seperti tiada nilai pada mereka.Mereka lagha dan lalai. Mudah sekali menabur wang ringgit pada perkara yang tak membantu mereka untuk meningkatkan saham mereka di akhirat sana.

Fitnah akhir zaman ini, bila mampu atau tidak mampu, bila hodoh atau cantik, bila kurus atau gemuk, bila bila dan dimana-manapun...ajarkan diri untuk melakukan kebaikan terlebih dahulu...kerana kita bimbang, keburukan kita lagi berat di timbangan sana daripada kebaikan kita.

Comments

Popular posts from this blog

Kelantan welcome Dr Zakir Naik

Assalamualaikum..harini nak berTB je lah..banyak yang mommy tak sempat nak update dalam blog..tapi dalam fb selalu sempat jee posting.kekekee Cerite 9 august kemarin kunun nak gi prgram ladies talk with Mrs Farhat Naik, tapi last2 kami geng sisterhood hashtag ipar duai/biras juz ladies talk di kedai mee celup je..hahaha sebab full house.. Almaklumlah kami punya rombongan ibu mengandung ada..ibu anak kecik pun ada..hok yang tak berp shat pun ada..jadinye utk stay dalam tempat yg crowded and limited audiences tu agak payah.. Kami nak simpan mood and kosongkan minda..relax2..santai2 jee untuk prgram malam ni dengan Dr Zakir Naik. Kami hanya santai2 sisterhood je nieeh..bersama ipar duai and biras.hehee So..apalagi..yang bestnye bila tgok si kecik ni..haha..gigih baru boleh tdo jam 10 pdhal mata x larat bukak n dah terhoyong hayang dah x boleh bawak diri dah. Kibarkan sampai patah batang bendera tuu.haha Apapun walid memang awesome and mommy bg cr

Kuew Teow Kungfu

Resepi kuew teow kungfu mommy mesti tak boleh lawan korang yang pandai masak.haha..mommy punya menu tempat ke5 je hahahaa 😜🤭🤦😬 Ok mommy share resepi deh: Bahan2 A 💞💞💞 Kuew teow Telur Minyak masak  ---------------------------------- Bahan2 untuk Kuah 💞💞💞 Bawang putih Bawang merah Lada hitam biji Minyak masak Sos tiram Air Ayam(atau apa2 jenis lauk/seafoods) Sayur-sayuran(brokoli,babycorn,kobis bunga,tomato,carrot) Serbuk hilal(pilihan) Tepung jagung Garam Daun sup/daun bawang Limau Bawang goreng Cili padi ------------------------------------ Cara2 penyediaan masakan untuk Bahan2 A 💁💁💁 Pukul telur hingga betul2 sebati dan rata.masukkan kuew teow, gaul sebati, kemudiab goreng dalam minyak panas.( Kadar minyak hanya cukup sekadar seperti untuk menumis). ------------------------------------ Cara2 penyediaan masakan untuk Bahan2 B 💁💁💁 Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan bawang putih,bawang merah dan lada hitam bi