Skip to main content

Kuew Teow Kungfu





Resepi kuew teow kungfu mommy mesti tak boleh lawan korang yang pandai masak.haha..mommy punya menu tempat ke5 je hahahaa 😜🤭🤦😬



Ok mommy share resepi deh:

Bahan2 A
💞💞💞

Kuew teow
Telur
Minyak masak
 ----------------------------------
Bahan2 untuk Kuah
💞💞💞

Bawang putih
Bawang merah
Lada hitam biji
Minyak masak
Sos tiram
Air
Ayam(atau apa2 jenis lauk/seafoods)
Sayur-sayuran(brokoli,babycorn,kobis bunga,tomato,carrot)
Serbuk hilal(pilihan)
Tepung jagung
Garam
Daun sup/daun bawang
Limau
Bawang goreng
Cili padi
------------------------------------



Cara2 penyediaan masakan untuk Bahan2 A
💁💁💁

Pukul telur hingga betul2 sebati dan rata.masukkan kuew teow, gaul sebati, kemudiab goreng dalam minyak panas.( Kadar minyak hanya cukup sekadar seperti untuk menumis).

------------------------------------
Cara2 penyediaan masakan untuk Bahan2 B
💁💁💁

Panaskan minyak di dalam kuali.

Tumiskan bawang putih,bawang merah dan lada hitam biji yang sudah di blend.

Masukkan juga hujung batang daun bawang dan daun sup(yang berhampiran akar,pastikan basuh bersih2,nak hiris or tak nak ke,nak campak sebatang gitu pun tak pe..tujuannya nak bg bau wangi).

Apabila garing dan naik bau, masukkan air sekadar sukatan sebanyak mana kuah yang kita mahukan.

Apabila mendidih,masukkan bahan lauk mentah seperti ayam, atau udang,atau daging dll.

Apabila lauk telah mendidih dan betul2 masak, masukkan sos tiram dengan kadar satu atau 2 sudu( terpulang kepada rasa yang diinginkan.)

Masukkan 3 sudu tepung jagung ke dalam gelas dan masukkan sedikit air suam.Kacau rata dan pastikan tepung jagung digaul hancur.Kemudian masukkan ke dalam kuah tadi.

Masukkan pula bahan2 sayuran seperti carrot,brokoli,kobis bunga,baby corn.Masukkan serbuk hilal(pilihan).Ada sesetengah tak suka letak.Terpulang lah pada selera masing2.Ada yg suka guna kiub pati ayam atau ckup rasa.Terpulanglah.

Apabila mendidih,matikan api.Setelah api dimatikan barulah masukkan tomato,cili padi dan garam.Tujuan garam dimasukkan akhir sekali kerana mommy cuba untuk tidak masak garam tersebut.Pastikan sayur-sayuran tidak over cooked sebab kita nak kan khasiat sayur-sayuran tadi tidak hilang apabila dimasak terlalu lama.

Dah siap. boleh lah korang nak hidang dalam talam ke 🙄 ,mangkuk tingkat ke..mangkuk ikea ke..besen ke😂🤣..yg psti,kuew teow tu kat bawah..then curah dengan kuah, tabur kan bawang goreng, daun sup daun bawang yang telah dihiris halus juga hiriskan sedikit limau dan perahkan.

Slurrrp panas2.. ini cara mommy.Cara kita mungkin tak sama, tapi in sya Allah masuk perut..last2 akan jadi ta*k juga..nanti boleh la buang kat saluran yang dibenarkan...ehem..😂

Comments

Popular posts from this blog

Kelantan welcome Dr Zakir Naik

Assalamualaikum..harini nak berTB je lah..banyak yang mommy tak sempat nak update dalam blog..tapi dalam fb selalu sempat jee posting.kekekee Cerite 9 august kemarin kunun nak gi prgram ladies talk with Mrs Farhat Naik, tapi last2 kami geng sisterhood hashtag ipar duai/biras juz ladies talk di kedai mee celup je..hahaha sebab full house.. Almaklumlah kami punya rombongan ibu mengandung ada..ibu anak kecik pun ada..hok yang tak berp shat pun ada..jadinye utk stay dalam tempat yg crowded and limited audiences tu agak payah.. Kami nak simpan mood and kosongkan minda..relax2..santai2 jee untuk prgram malam ni dengan Dr Zakir Naik. Kami hanya santai2 sisterhood je nieeh..bersama ipar duai and biras.hehee So..apalagi..yang bestnye bila tgok si kecik ni..haha..gigih baru boleh tdo jam 10 pdhal mata x larat bukak n dah terhoyong hayang dah x boleh bawak diri dah. Kibarkan sampai patah batang bendera tuu.haha Apapun walid memang awesome and mommy bg cr